CottonCandy
Ingat wahai kaum lelaki
15 May 2012
Tumblr_lza4o44lfr1r2fs0co1_500_large

Apabila seorang wanita jatuh cinta :

- Apabila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hatinya.

- Apabila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik berikan 
masa untuknya menenangkan hati sebelum anda meminta maaf.

- Wanita sukar mencari benda yang dia benci mengenai orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati apabila hubungan itu putus di tengah jalan).

- Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut. Apabila wanita sudah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

- Bersikap terlalu serius boleh mematikan selera wanita.

- Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

- Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

- Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

- Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan kejutan. Mereka rasa terharu dan rasa dirinya dicintai setulus hati.

- Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat dan baik terhadapnya.


Don't like my story ? Thank you




Older Post . Newer Post