CottonCandy
Student life
17 Nov 2012


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia , sihatkah anda semua , dah lama aku rasa tak update blog ni . Almaklumlah busy sikit semenjak bergelar student ni . Aku alhamdulillah , so far aku rasa kat sini memang ok . Pejam celik pejam celik dah masuk sebulan aku ada dekat sini , rasa macam baru kelmarin aku orientasi . Sepanjang aku dekat sini sebulan dah macam-macam pengalaman aku rasa . Alhamdulillah roomate aku boleh 'ngam' dengan aku . Hihihiii . Oh ya ni aku nak tayang video untuk freshies night ( malam last orientasi )  


Banyak actually cerita yang aku TERASA nak cerita TAPI aku rasa tak larat nak menaip . Hihi . Ampun kawan-kawan . Apa kata aku letak gambar ja ? okay ? 

Ni gambar last orientasi , ni group kita k , yg tepi aku tu , mcm Justin Bieber ? 

Semoga anda menjamu mata dengan post aku yang ni okay ? selamat membaca . 

Assalamualaikum .






Don't like my story ? Thank you


10 permintaan syaitan
26 Sep 2012

Assalamualaikum , seperti yang sedia maklum , semua umat manusia seluruh alam semesta , seluruh dunia , seluruh pelusuk wilayah , seluruh negeri/negara , semua tahu akan kewujudan SYAITAN bukan ?  The devil beside you , sori itu sejenis drama korea k uolls . LAWAK YANG TAK LAWAK . 

Memandangkan aku tengah rajin nak menaip , jejariku terasa gatal sangat nak menaip , aku nak kongsi dengan semua tentang permintaan syaitan dengan Allah s.w.t . Aku terjumpa entri ni dekat blog Ziera , and aku dah minta permission untuk sharekan benda ni . dan DILULUSKAN ! thanks a lot Ziera . 

Cerita berbunyi begini . Check it out ! zassssssssssssss .

Nabi Muhammad : Apakah perkara yang kau minta dari Tuhanmu ?
Si syaitan : 10 macam 
Nabi Muhammad : Apakah ia ?
Syaitan : 

1.Aku minta agar Allah membiarkan aku berbagi dalam harta dan anak manusia , Allah mengizinkan.

Allah berfirman : “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. dan janjikanlah mereka”, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan.” (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

2.Aku minta agar Allah membiarkan aku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

3.Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

4.Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku.

5.Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

6.Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Al Qur’anku.

7.Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

8.Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah swt berfirman, “Orang-orang boros adalah saudara-saudara syaitan.” (QS Al-Isra : 27).

9. Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku.

10.Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, “silakan”, dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”

Iblis berkata : “Wahai muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikkan dan menggoda. Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa walau seorang pun…!!!



Sebagaimana dirimu, kamu tidak bisa memberikan hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau bisa memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya bisa menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara hidupnya. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.”




Rasulullah SAW lalu membaca ayat : 

“Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud :118–119)

“Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (QS Al-Ahzab : 38)




Iblis lalu berkata:

“Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tak berbohong".


Don't like my story ? Thank you


Goodbye friends

Assalamualaikum , now 4.21 a.m and aku terjaga dari tidur . Tadi aku tidur aku mimpi burger , burger sedap sangat ! tapi aku takboleh makan pun ! yer mmg aku frust ! Cadang esok , eh esok mende , harini lah ! maaf mmg aku baru jaga dari tidur yg nyenyak memang la aku mamaimamun macam ni . Sudah sudahlah tu cerita pasal berger kau , org baca tajuk pasal 'goodbye friends' tapi kisah berger . acene tuh ? haa k k k berbalik pada topik tuan tuan puan puan . Kita mula new paragraph okay ^___^

Tumblr_maoy3y7gpr1qgss4to1_500_large
Alamak keluar gambar burger ! sorry kesilapan teknikal tuan tuan puan puan
Dear burger , I know when you goes to my mouth and my stomach , I getting more fat , but I don't care honey , I love you  . :'D 

Ok aku cakap gudbye friends tu sebab aku dah nak deactive facebook , harinilah . Tapi aku tak pilih lagi pukul berapa yang aku nak deactivenya . Banyak juga soalan yang meniti dari mulut mulut sesetengah pihak . Ni kalau cikgu BM aku tengok blog aku mesti dia bangga kan kan kan . :')

' Ish poyonya nak deactive facebook pun nak heboh heboh , macam lah hang artis '
And for those yg cakap macamni , meh aku nak bagitau , takpa lah at least aku bagitau orang , nanti mana lah tahu orang search nama aku kat search box tu dah tak jumpa , kemungkinan besar dorang kata aku 'block' dorang kan . 

' Ish dah kenapa la minah ni nak deactive fesbuk takda angin takda ribut '
Ada juga persoalan yang bunyi macam ni . Meh nak jawab lagi , eceh dah jadi macam Ustaz Azhar Idrus , sori ustaz . Aku deactive fesbuk sebab aku dah spend a LOT nampak yer tuan tuan puan puan , a LOT of time facebooking myself . Muka aku pun dah macam buku dah ha . Bila pikir balik , baiklah aku deactive ja senang , tak la aku ngadap sangat bendalah ni . Aku ikut kata hati . Entah sampai bila aku nak bertahan dengan keadaan tanpa fesbuk ni . WE WILL WAIT AND SEE ! ihiikk 

' eh kenapa deactive ? tak delete jer terus ? '
Ini soalan ni bunyinya macam facebook user tu dah meluat nengok aku . haha sorry dude ! Aku tak nak delete lagi sebab sekarang kan zaman moden dan era globalisasinya sangat mantap , aku tau lah ayat aku ni skema yang membuatkan mata orang pedih pabila membacanya . HAHA . Balik pada soalan , aku taknak delete sebab nanti mana lah tahu ada benda penting yang aku kena geledah dalam fesbuk , aku kena jugak active balik fesbuk aku tuu . And aku taknak ketinggalan juga . Tah apa apa minah ni , senget jugak .

Itulah ulasan aku untuk pagi yang hening dan yang sejuk dek hujan membasahi bumi . I wanna try continued my sleep and my burger . Take care uolls . Assalamualaikum ~


Don't like my story ? Thank you


6 cara utk dapat ganjaran dunia akhirat
25 Sep 2012

Assalamualaikum , aku sure ramai dah yang dah baca tentang benda yang aku nak sampaikan ni . Nevermind , tak salahkan kalau kita baca banyak banyak kali , tak rugi kan ? so selamat membaca . Bismillahirrahmanirrahim ..

*****
 Give a copy of Quran to someone . Each time one reads from it , you gain .
 Donate a wheelchair to a hospital . Each time they uses it , you gain .
 Place watercooler in public place .
 Plant a tree , you gain whenever person or animal sits in its shade or eats from it .
 And the easiest of all , share this message with people , even one apply any of the above , you gain .

Thanks to Fatin Liyana for sharing this tips . 


Don't like my story ? Thank you


Love story

Assalamualaikum w.b.t , tak jawab dosa , jawab sayang . now 12.40 a.m and I still can't sleep , please please please . So , memandangkan aku tak boleh lelap mata , apa kata aku share satu cerita cinta dgn pembaca blog ni kan . Eksited lettew nak baca cerita cinta ! credits goes to iluvislam . Bismillahirrahmanirrahmim ..

         ******
Sedang aku duduk bersendirian, fikiranku laju bermain dengan pelbagai persoalan. Tiba-tiba aku disapa oleh teman sebilikku, Nurul Iman.
"Assalamualaikum, Shera," katanya kepadaku.
Aku tersenyum sewaktu memandang wajahnya, sungguh lembut dan tenang hati memandang. "Waalaikumsalam," jawabku.
"Nun termenung jauh, sedang berfikir tentang apa?" tanya Iman.
Perlukah aku beritahu dia? Siapakah dia? Adakah berhak dia mengetahui segala isi hatiku walhal kami baru sahaja kenal? Haih.. Entahlah. Apa yang pasti, tidak mampu aku mengeluarkan kata-kata pada saat itu. Hanya senyuman yang mampu aku lemparkan.
Biarpun aku tidak menjawab persoalannya, dia tidak mengambil hati. Malahan, dia masih mengatur bicara untuk memecahkan kesunyian di antara kami. "Hmm.. Mesti awak tengah fikir tentang cinta, kan?"
Aku masih diam membisu. Sungguh mudah dia menebaknya. Apa jelas sangatkah kelihatan mengenai isu itu di rautku? Diukirnya sebuah senyuman di wajahnya yang mulus. Mahu dikatakan dia cantik seperti supermodel, tidak. Mahu dikatakan dia tidak cantik, menarik pula bila dipandang wajahnya. Apa yang pasti aku dapat merasakan satu ketenangan di saat aku menatap wajahnya. Dia kelihatan baik. Kelihatan seperti boleh dipercayai. Senyuman di bibirnya masih terukir.
Dilihatnya wajahku seraya menyambung kata, "Bercinta ni seronokkan?"
Tersengih aku dibuatnya. Mahu sahaja menjawab seronok tapi hati segan pula. Dia seakan mengerti perasaanku yang mungkin agak segan untuk berbicara soal ini. Apatah lagi, aku tidak pernah mengenalinya.
"Rasa macam di awang-awangan. Apa orang kata? Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena... Kan?" tanpa jemu dia cuba mendapatkan responku.
"Hmm.. Mungkin," jawabku ringkas.
"Haa? Mungkin?" soalnya disusuli dengan tawa nipis.
Aku hanya mengangguk sahaja tanda setuju. Tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi.
"Awak pernah bercinta?"
"Entahlah. Saya pun tak tahu nak kata macam mana," aku meluahkan kepadanya.
"Kenapa awak cakap macam tu? Awak tak pasti?"
"A'ah. Mahu dikatakan kami bercinta, kami tidak pernah declare pun. Mahu kata tidak, kami berhubungan lagaknya seperti orang yang bercinta. Saya sendiri tak pasti."
"Titt!" Telefonku berbunyi menandakan masuk satu mesej. Terus aku buka dan baca, 'Nenek! Nenek dah sombong kan, sekarang? Asyik busy je. Jom jumpa! :D'
Entah mengapa aku tersenyum membaca mesej yang dihantar oleh Haziq yang ku gelarnya 'atok'. Terus laju jariku menari di atas butang-butang telefon bimbitku, membalas mesej kepada rakanku itu. Sedari sekolah lagi kami memang rapat. Biarpun sering bertengkar, tapi hubungan kami bertambah mesra. Aku berasa senang bila bersamanya. Ada semacam perasaan seronok dan adrenaline ku laju mengalir dalam tubuh di saat aku meluangkan masa bersamanya.
'Ahah. Tak pasal-pasal lah atok ni! Sombong apa ke benda nya? Awat? Rindu eh? :p'
-message sent-
"Dapat mesej dari yang tersayang ke?" soal gadis berlesung pipit itu melenyapkan khayalanku sebentar tadi.
"Isy.. Bukanlah. Kawan je," jawabku tersipu-sipu malu.
"Iye ke?" nadanya seolah mengusikku. "Kalau kawan takkan lah senyum lebar sampai ke telinga?"
"Titt!" -message in-
'Mestilah rindu nenek yang tersayang ni...... :*'
Sekali lagi bibirku mengukir senyuman. Entah kenapa aku tersenyum pabila membaca mesej yang dihantar oleh kawan lelakiku itu. Seolah-olah satu tindakan luar kawal. Seolah-olahadrenaline ku tidak mahu surut pabila ada sahaja perkara yang berkaitan dengannya. Hmm... Aku jadi terfikir mungkinkah aku sedang bercinta tanpa aku sedari? Mungkin inilah yang dikatakan cinta cuma aku masih mahu menafiknnya selagi kami tidak official? Ah! Tak! Tak mungkin! Takkanlah kami bercinta sedangkan kami selalu bertengkar?
Aku ketepikan sebentar telefon tanganku, seraya menjawab persoalan yang diajukan oleh teman sekamarku, "Sungguh, lah. Kitorang kawan, tak couple pun. Hmm.. Kalau kamu nak tahu, dari dulu sampai sekarang memang niat Shera nak cinta pertama dan terakhir untuk suami Shera je. Tak nak lah kongsi dengan orang lain. Apa seronok. Nanti kalau kita dah kahwin, dah tak rasa dah nikmat bercinta. Lagi satu, orang selalu kata cinta pertama paling susah nak lupa tak kira lama mana pun. Sebab first love selalu bagi kesan paling mendalam. Jadi, mestilah Shera nak suami Shera jadi cinta pertama. Tak nak lah bila kahwin nanti terkenang pulak dekatex-boyfriend ke apa ke, kan?" Panjang lebar aku berikan jawapan. Terasa puas bila dapat beritahu pada orang tentang prinsipku biarpun ditanya berpuluh kali.
Wajahnya begitu lembut, ditambah pula dengan senyuman yang tak pernah lekang daripada bibirnya membuatkan aku senang untuk berbicara soal ini dengannya. Dia kelihatan begitu tenang sekali sebelum meluncurkan kata-kata daripada bibirnya.
"Oh. Baguslah macam tu. Seronok mendengarnya. Sejuk perut ibu mengandung."
Aku tersenyum mendengar setiap tutur bicara yang keluar daripada mulutnya. Kadang, ada timbul sedikit perasaan bangga kerana biarpun aku bukannya daripada keluarga yang alim-alim, yang memakai tudung labuh atau niqab, aku masih lagi berpegang teguh dengan prinsip. Sekurang-kurangnya dapatlah dia mengerti aku juga faham syara'. Aku faham Islam melarang hubungan couple sebelum bernikah.
"Hmm.. Awak, pernah bercinta?" ku tanya gadis kecil molek yang duduk disebelahku. Saja mahu mengujinya.
"Bercinta? Mestilah pernah. Rugi tau orang yang tak pernah bercinta," ujarnya tanpa segan silu.
Kata-katanya itu membuatkan perasaan ingin tahu ku mebuak-buak. Rupa-rupanya orang yang disangka baik ini, yang lembut tutur bahasanya, yang baik budi pekertinya masih juga bergelumang dengan perkara sebegini. Benarlah sangkaanku selama ini. Biar sealim mana pun orang, mesti ada juga yang pernah terlibat dengan benda-benda ini.
"Seriously? Tak tipu?" aku berasa sedikit teruja dengan jawapan yang diberikannya.
"Iya. Buat apa saya nak tipu awak?"
"Wow! Kalau macam tu, story lah kat saya. Siapa boyfriend awak tu? Berapa lama korang dah couple?"
"No... No.. No... Saya lebih suka kalau awak sebut kekasih.. Kekasih hati. Tak syok lah sebut boyfriend sebab saya ramai boyfriend tau.." ujarnya bergurau.
"Ish.. Tak sangka kan... Kamu ni nampak je macam ni. Tapi, ramai boyfriend rupanya. Apa orang kata, alim-alim kucing? Eeee... Gatal......" usikku.
"Lah... Awak pun ramai boyfriend cakap orang. Tu, Rahman, Azree, Farish, Daniel semua tu siapa? Haaa."
Aik? Dikenakan aku semula. Loyar buruk sungguh minah seorang ni. Nasib baik mood aku baik, kalau tak memang kena dengan aku. Ishh......
"Iya lah.. Apa-apa lah cik Nurul Iman bt Yahya oii... Tak habis-habis dengan loyar buruknya tu. Tapi kan, Iman... Kenapa kamu saving sangat ha? Tak pernah nak share kat saya pun pasal kekasih hati kamu tu?"
"Hmm... Ada lah... Cuma awak tu.. Sibuk sangat bermesej dengan teman tapi mesra."
Aku hanya tersipu malu mendengar komennya.
"Awak ingat awak je rindu kat 'atok' awak tu? Saya pun rindu tau dekat cinta hati saya tu. Rinduuuuu sangat. Ish... Tak terkatalah. Rasanya rindu awak kat 'atok' pun tak boleh challengekerinduan saya kot?"
"Aik... Ni macam dah lain dah ni? Rindu, rindu... Mesti selalu dating kan? Sebab tu rindu macam tak boleh nak berpisah langsung dah ni.. Kan?" aku cuba mengorek dengan lebih mendalam lagi.
"Bravo! You got 10 points for the correct answer!" ujar Iman sambil menepuk-nepuk tangan.
"Ish.. Seriously. Betul, kan kamu selalu dating? Kan kan?"
"Saya serious lah ni... Tiap-tiap kali dapat panggilan daripada cinta saya tu, mesti kena pergi dating lah. No kompromi. Kalau tak, kena marah... Eeee... Takut tau kalau kena marah."
"Garang juga kan kekasih awak tu. Nasib baik lah 'atok' tu reti merajuk je, tak marah-marah."
Dia tersenyum nipis mendengar kata-kataku itu. Iman kemudiannya melabuhkan punggungnya di sebelahku. "Ha, marah tu kan tanda sayang. Kalau awak nak tau... Dia sweet sangat. Hari tu saya kena mouth cavity sebab itu lah. Manis sangat," ujarnya sambil ketawa nipis.
"Hmm. Iya lah... Tapi kan Iman, kenapa Shera tak pernah pun nampak kamu contact dengan dia? I mean, tak pernah pun nampak kamu SMS ke... Call ke... Pelik juga. Kamu ni saja reka cerita eh?"
"Ish.. Tak lah. Memanglah awak tak pernah nampak saya SMS ke, call ke. Sebab saya old school. Baca surat cinta je. Lagipun, kekasih hati selalu je call saya."
"Yeah? Hmm.. Siapa eh dia? Dari tadi kamu cerita tapi tak sebut pun nama dia. Cuba kamu cakap siapa dia. Mana tau saya kenal...."
"Betul ni nak tau?"
"Iya... Mana tau nanti kita boleh keluar sama," ujarku.
"Allah."
Aku terdiam membisu mendengar kalimah itu yang keluar daripada bibirnya. Iman yang dari tadi duduk di sebelahku tersenyum melihat aku terpinga-pinga.
"Mesti Shera terkejut kan kenapa saya cakap macam tu?"
Aku masih terdiam. Terasa seperti dipermainkan pun ada. Kusangkakan dia juga sepertiku. Tapi...
"Tapi.... Tadi kamu kata dia call lah, bagi surat cinta lah, marah lah.... Kamu cerita as if he is a man. Tapi...."
Iman masih mengekalkan senyuman di bibirnya sebelum menjawab persoalan yang bermain di mindaku.
"Shera, setiap kali azan, setiap kali itulah Allah call saya. Kalau saya tak jawab, kalau saya tak 'dating' dengan Dia, tidakkah Dia marah? Lagipun, Allah memang sweet. Sebab Allah tak pernah tinggalkan kita, hambaNya, dalam keadaan yang terkapai-kapai tanpa petunjuk. Sebab tu Allah bagi kita surat cinta iaitu Al-Quran. Allah pun selalu bagi kita hadiah. Hari-hari, setiap detik, setiap waktu. Cuba awak bayangkan kalau Allah tak hadiahkan kita mata. Setiap kali kita nak melihat, terpaksa sewa dengan Allah. Jenuh, kan kita?"
Tiada kata yang dapat aku susun untuk mematahkan hujah teman sebilikku itu. Setiap butir kata yang diluahkannya ada kebenarannya. Aku tunduk malu mendengar apa yang dia perkatakan.
"Hmm.. Memang lah. Tapi, siapa yang nak membujang sampai ke tua? Allah sendiri suruh kita usaha kan dalam apa jua perkara? Jadi, saya cuba mengenali hati budi dia. Lagipun, bukannya kitorang couple..."
"Shera, awak nak tak suami yang baik?" tanyanya lembut.
Aku mengangguk tanda ya.
"Kalau awak nak suami yang baik, awak mesti jadi baik dulu, kan?" tanyanya lagi.
Sekali lagi aku mengangguk tanda setuju.
"Jadi, apa kata sebelum awak bercinta dengan manusia, awak bercinta dengan pemberi cinta dulu. Let Allah be in your heart before anybody or anything else. Lagipun, love story kita kan Allah yang tulis?"
Love story kita Allah yang tulis. Ya, satu pesanan yang akan aku ingat sampai bila-bila. Sekarang, baru aku mengerti... Jangan hanya berangan untuk dapat satu pertemuan yangsweet tetapi, binalah satu percintaan yang sweet dengan Si Pemilik Cinta. Insya-Allah, love storykita akan menjadi sweet.


Don't like my story ? Thank you


Bertaubatlah wahai perempuan

Assalamualaikum w.b.t , malam yang dingin lagi indah ini inginku selit sebuah cerita yang meruntun jiwa dan memberi 1001 pesanan buat kaum perempuan termasuk aku yang banyak kekurangan . Credits goes to iluvislam , hayati dan fahami . Bismillahirrahmanirrahim ..

*******
Termenung ke luar jendela sambil melihat alam ciptaan Allah yang indah , titisan hujan yang turun membasahi seluruh bumi . Akhbar di atas meja ku capai , mencari berita yang memberi ilham . Mata aku tertancap pada satu berita . Berita yang tidak asing didengari , dipaparkan di dada akhbar , disampaikan di corong radio , majalah , dan mcm2 media lagi . 
' 140 bayi luar nikah diselamatkan ' , aku terus membaca .
Astaghfirullah , angka bayi luar nikah dari tahun ke tahun makin bertambah , itu yang berjaya diselamatkan , yg dibuang ? belum dikira berapa banyaknya . Hati aku makin sakit . Dari pemerhatian , kaum yg sering melakukan kerja ini adalah dari kaum MELAYU . Tanpa sedar mata ku mula bergenang , setitis air telah jatuh ke pipi . Pantas ku seka .

Bertaubatlah wahai perempuan !

Sungguh mudahnya perempuan menadahkan tubuh kepada lelaki yg bukan halal baginya . Dan semudah itu juga hasil hubungan itu dibuang , dicampak , dibunuh sesuka hati .
Firman Allah Ta'ala bermaksud ;
'Dan janganlah kamu membunuh diri seorang manusia yg diharamkan oleh Allah  kecuali dgn alasan yg benar . Dan sesiapa yg dibunuh secara zalim , maka kami menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas'
(Surah Al-Israk- ayat 33)




Don't like my story ? Thank you


Le birthday girls !!

Assalamualaikum , aku nak cerita pasal cerita yg dah basi dah , tapi cerita ni yg buat aku ingat sampai bila2 . weewuuuwuwuwu . 
A few days ago . days ? I mean a few WEEKS ago , kawan-kawan celebrated my birthday dengan Syifa , aku dengan Syifa pulak sama birthday kan , number surat beranak pun beza satu angka . Oh oh terujanya . Ok sambutan tu tak la semeriah sambutan birthday org2 lain but I'm touched . Thankyou friends . 
So kita decided nak sambut kat pizza . Time nak keluar tu Ya Allah hujan kemahen lagi lebat sampai depan rumah aku banjir , sampai tayar tenggelam . TAPI ! kita redah jerrr . Baru rare kan . Ni dira la , semua pun boleh . 
First , aku kena ambik Syifa dulu , dalam otw nak ambil dia ni hujannya punya lebat sampai wiper tu dah tak bagi aku ruang dah nak nengok jalan , lagi slow la jawabnya aku bawak , aku tak kisah dah org nak kata apa . Biar lambat asal selamat , fuhh fuhh . Akhirnya sampai jugak ambik Syifa tu , and terus pi pizza . 
Finally , sampai jugak alhamdulillah . Kesian kawan2 aku dah lama tunggu yerr , anyonyonyo . 
Bila dah order2 semua , so sembang2 , potong2 kek ( aku mcm tak percaya pulak sebab ada kek ) , posing2 (adew gambar jgn wisauu) . Itulah sambutan birthday ku setelah bertahun lamanya tak sambut . Ni aku skip2 ni takut bosan nak baca panjang2 . mihihihi .
GAMBAR TIME !



birthday girlsssssss










Don't like my story ? Thank you




Older Post